Kemarau gol Salah berakhir, Liverpool tenang belasah Qarabag

MOHAMED Salah menamatkan kemarau jaringan bersama Liverpool apabila The Reds membelasah Qarabag 6-0 awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Pasukan kendalian Arne Slot menguasai sepenuhnya aksi menentang kelab Azerbaijan itu apabila dua gol pada separuh masa pertama hasil sentuhan Alexis Mac Allister dan Florian Wirtz meletakkan tuan rumah selesa di Anfield.

Salah menambah derita Qarabag sejurus babak kedua bermula apabila menjaringkan gol ketiga pada penampilan ke-80 Liga Juara-Juara bersama Liverpool.

Gol itu menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa jaringan buat penyerang Mesir berusia 33 tahun, dengan gol terakhirnya sebelum ini hadir pada 1 November lalu.

Sepanjang tempoh hambar itu, dia digugurkan daripada kesebelasan utama mendorongnya mendakwa dia ‘dicampak ke bawah bas’ oleh kelab ketika menggambarkan hubungan dingin bersama Slot.

Bagaimanapun, kedua-duanya berdamai sebelum Salah berlepas menyertai Piala Negara-Negara Afrika bulan lalu dan Slot berharap jaringan itu mampu mencetus kebangkitan semula prestasi pemain bintangnya.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan