Kemalangan di Jalan Keningau-Sook ragut satu nyawa, seorang cedera ringan

KENINGAU – Seorang lelaki berusia 44 tahun maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Batu 18, Jalan Keningau-Sook, awal pagi Selasa.

Panggilan kejadian diterima kira-kira pada pukul 6.05 pagi yang melibatkan pertembungan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga BLM.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad, sepasukan lima anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, dua mangsa ditemukan, seorang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sook untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Operasi yang turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM ditamatkan pada pukul 7.23 pagi selepas memastikan keadaan selamat.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam