Kelar isteri: Suspek lelaki terbeban dengan masalah hutang

BALIK PULAU – Guru lelaki yang bertindak mengelar leher isterinya dengan sebilah pisau di bilik tidur mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, Rabu lalu sebelum ini dikatakan tiada sebarang rekod masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 30 tahun itu yang masih ditempatkan di Wad Psikiatri, Jalan Perak di sini sejak semalam dikatakan baru pertama menjalani pemeriksaan psikiatri susulan kes berkenaan.

“Suspek masih di Wad Psikiatri di Jalan Perak. (Sebelum ini) suspek normal dan dia tidak pernah menerima rawatan psikiatri.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada isteri mangsa semalam. Keadaannya juga stabil, tapi tidak boleh bercakap banyak,” katanya kepada media di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, siasatan awal pihak polis mendapat punca kejadian disebabkan suspek berdepan masalah hutang pinjaman dengan pihak bank untuk pelaburan saham selain menanggung bayaran ansuran pembelian barangan melalui platform, e-dagang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita menolak dakwaan yang kononnya suspek berhutang dengan ah long,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, seorang guru lelaki bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan tersebut di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, Rabu lalu.

Kejadian berlaku sebelum subuh itu disedari oleh ibu mangsa yang terdengar jeritan anak perempuannya dari tingkat atas rumah dua tingkat tersebut

Ibu mangsa melihat anaknya ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkan mangsa.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak