Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kabong baru-baru ini dengan kehadiran wakil kelab serta beberapa pemimpin komuniti setempat.

Sumbangan itu bertujuan membantu pasukan kelab melakukan persiapan bagi menyertai Pertandingan Tarik Tali sempena Pesta Sematan yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025.

Mohd Chee Kadir dalam ucapannya menzahirkan harapan agar bantuan yang disalurkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada para atlet untuk terus berjaya.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban kewangan kelab, terutamanya dalam aspek penyertaan dan logistik.

“Saya yakin dengan semangat yang ditonjolkan, Kelab Trass Merah Kabong mampu mencipta kejayaan dan mengharumkan nama daerah ini,” katanya.

Beliau turut memuji dedikasi ahli-ahli kelab dalam memartabatkan sukan tradisional, dan menyeru agar lebih banyak pihak tampil menyokong pembangunan sukan warisan di peringkat akar umbi.

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta