Kehadiran MV Doulos Hope simbol perkongsian ilmu dan perpaduan

KOTA KINABALU – Kehadiran kapal MV Doulos Hope ke perairan negeri ini membawa mesej keterujaan dan harapan baharu kepada rakyat sebagai simbol perkongsian ilmu dan perpaduan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri Sabah sekali lagi mengalu-alukan kehadiran kapal MV Doulos Hope ke perairan negeri ini dengan misinya menyebarkan ilmu pengetahuan, memupuk literasi dan menghubungkan masyarakat pelbagai latar demi tujuan bersama.

“Bagi ramai orang di seluruh dunia, di mana sahaja Doulos Hope berlabuh, kapal ini menjadi simbol komitmen bersama kita untuk menyebarkan ilmu dan memupuk harapan.

“Saya amat tersentuh dengan matlamatnya untuk berkongsi ilmu dan nilai yang tidak ternilai ini dengan komuniti di setiap pelabuhan. 

“Hakikat bahawa Doulos Hope menghayati nilai ini melalui literasi dan pendidikan menjadikan kunjungan ini lebih bermakna,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew semasa majlis pembukaan rasmi kapal itu di Jeti Selatan, Pelabuhan Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Kapal tersebut, yang berlabuh di sini selama tiga minggu, membawa kru antarabangsa terdiri daripada lebih 100 sukarelawan mewakili lebih 30 negara.

Beliau berkata, inisiatif Doulos Hope berperanan mempromosikan literasi, pertukaran budaya dan penglibatan masyarakat, selain memastikan bahan bacaan dapat diakses secara meluas.

“Koleksi buku yang dibawa, merangkumi pelbagai budaya dan bahasa, mampu meningkatkan pemahaman serta menggalakkan pertukaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berharap kru yang diketuai Pengarah Nidhin Sebastian dan Kapten Graeme Bird akan mengambil peluang untuk meneroka tarikan pelancongan Sabah serta merasai keramahan rakyat berbilang kaum.

Hajiji turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Doulos Hope sepanjang lawatannya ke Kota Kinabalu serta perjalanan ke destinasi seterusnya. 

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China