Kecewa dengan kenyataan Sanusi, DSAT Group bakal saman RM1 bilion

ALOR SETAR – Senario bola sepak Kedah kini semakin panas apabila Kumpulan DSAT memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebanyak RM1 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek melalui hantaran di Facebook miliknya pada hari ini menjelaskan tindakan itu diambil susulan kenyataan Sanusi pada 7 November lalu ketika sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

“DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah 1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. See u in court,” tulisnya.

Dalam sidang media pada 7 November lalu, Sanusi mengharapkan syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC agar benar-benar mempunyai kemampuan untuk menguruskannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu berkata, walaupun urusan pemilikan kelab itu tidak bersangkutan dengan kerajaan negeri, namun beliau tetap memberi pesanan agar tidak berlaku sebarang penipuan dalam perkara itu.

“Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan ‘scam’ lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

“Macam scammer tak baguslah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan… perlu jumpa pihak peguam KDA,” katanya.

Sebelum ini, Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki pasukan itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.

Menurutnya, tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC

Pelawaan itu kemudian disambut Azizul yang mengutuskan surat rasmi melalui anak syarikatnya, Mahsuri Medical Centre (MMC) pada Ahad lalu mengenai minat mendapatkan pasukan bola sepak tersebut.

Bagaimanapun, tawaran MMC untuk memiliki sepenuhnya KDA FC ditolak.

Related Posts

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menegaskan musim pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan empat perlawanan berbaki. Kemenangan 4-2 ke atas Stuttgart membolehkan Bayern mendahului liga dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta