Kebakaran lereng bukit Puncak Jalil: Kecekapan bomba dihargai

KECEKAPAN anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor yang berjaya memadamkan kebakaran di lereng bukit di kawasan Puncak Jalil, Seri Kembangan semalam, mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, penghargaan diberi terutama kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, BBP Cyberjaya, BBP Puchong, BBP Jalan Penchala dan BBP Subang Jaya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota JBPM yang bertungkus lumus mengawal serta memadam kebakaran tersebut sepanjang operasi dijalankan.

“Komitmen dan dedikasi anggota di lapangan amat dihargai dalam memastikan keadaan dapat dikawal dengan pantas serta mengelak kebakaran daripada merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Jamaliah menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka, terutamanya ketika cuaca panas dan kering yang berpotensi menyebabkan api merebak serta mencetuskan kebakaran lebih besar.

Tegasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan awam dan keselamatan komuniti setempat.

“Orang ramai digalakkan untuk segera melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau kejadian kebakaran kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi memantau keadaan serta mempertingkatkan langkah pencegahan,” katanya.

Semalam, berlaku kebakaran di lereng bukit Puncak Jalil, Seri Kembangan hingga menjejaskan kawasan seluas kira-kira 37 hektar.

Ketua BBP Seri Kembangan, Nik Mohd Dzarrin Ghifari Azmy berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.12 petang semalam.

“Operasi pemadaman berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.48 pagi, manakala pemantauan susulan diteruskan pada 9 pagi tadi bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16