Kebajikan dan kecemerlangan akademik Putri Qisya akan dipantau oleh MARA

JITRA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memantau keadaan dan prestasi pembelajaran Putri Qisya Nur Izzat, 12, anak sulung mangsa tragedi lemas di Sungai Korok, yang kini dijadikan anak angkat agensi itu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan memastikan kecemerlangan akademik murid itu dapat dikekalkan agar berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Beliau masih dalam Tahun Enam ketika ini. Kita akan bantu beliau kekalkan prestasi cemerlang dan menyediakan tuisyen khas untuk membantunya membuat persediaan menghadapi ujian kemasukan ke MRSM.

“Kita akan pantau dari sekarang agar impian beliau untuk ke MRSM tercapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu 2025 di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pihaknya turut mengarahkan Pejabat MARA Negeri Kedah untuk bertemu dengan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak Baru di Alor Setar, tempat Putri Qisya bersekolah, bagi membincangkan bentuk bantuan bersesuaian.

“Kita harap prestasi pelajarannya tidak terjejas akibat tragedi ini. Bukan mudah untuk seorang anak kecil menghadapi musibah sebesar itu, sebab itulah saya nasihatkan beliau supaya terus berusaha mencapai cita-cita, demi memenuhi harapan dan wasiat kedua ibu bapanya,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, MARA akan menjaga kebajikan Putri Qisya sebagai anak angkat agensi itu sehingga ke peringkat universiti.

Putri Qisya sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran di MRSM selepas tamat tahun enam, demi merealisasikan impian arwah ibu bapanya.

Beliau merupakan anak sulung pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang dijumpai maut bersama empat anak mereka di dalam kereta Proton Iswara yang dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok, dekat sini Isnin lalu.

Empat anak mereka yang turut terkorban adalah Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, 6 bulan.

  • Related Posts

    ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

    KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

    KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

    Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

    Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

    Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

    ‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

    ‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

    ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

    ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

    Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

    Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

    Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

    Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM