Keamanan nilai penting untuk masyarakat – Amirudin

SEMANGAT kemanusiaan sejagat diterjemahkan menerusi lebih 70,000 peserta pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara yang menyertai Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia sempena ulang tahun ke-20 persatuan itu, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran larian tersebut membuktikan kesungguhan persatuan berkenaan dalam memupuk semangat perpaduan selain budaya damai melalui aktiviti sihat dan inklusif.

“Saya ucapkan tahniah kepada Persatuan Soka Gakkai Malaysia yang sentiasa komited menganjurkan larian ini dan menyampaikan mesej keamanan, suatu nilai yang sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat serta pembangunan negeri kita.

“Kita sedang menyaksikan dunia yang semakin mencabar walaupun kita sering menyebut soal globalisasi dan semangat kemanusiaan sejagat, namun sejak kebelakangan ini, semakin banyak kecenderungan untuk membezakan antara satu sama lain.

“Sebab itu, larian seperti ini amat besar maknanya. Ia hadir tepat pada waktunya sebagai peringatan bahawa keamanan dan kestabilan adalah keperluan asas bagi manusia, bukan sahaja hari ini tetapi untuk masa depan,” ucapnya ketika merasmikan acara berkenaan di Padang Awam Taman Klang Jaya, Klang, hari ini.

Amirudin turut menegaskan, agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) tidak boleh dipikul kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat.

“Kita perlu ada tanggungjawab lebih besar untuk SDGs tetapi kalau kita berperang, menimbulkan permusuhan, mengapi-apikan perbezaan antara kaum, kita tidak akan mampu menangani isu berkaitan SDGs,” katanya.

Related Posts

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Muallim pada Isnin. Beliau berkata, lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat