Ke Olimpik Paris: MB Terengganu menangguk apa?

UJANA politik tempatan khasnya di Terengganu hari ini tertumpu kepada isu kunjungan Menteri Besar (MB) negeri itu ke Paris baru-baru ini.

Gara-gara siaran gambar di laman Facebook Muhammad Suza Amsyari, ramai orang tertanya-tanya, benarkah kunjungan MB itu ke sana bertujuan menarik pelabur ke bumi Darul Iman?

Jika benar, apakah bentuk pelaburan yang mahu ditarik dan apa hasil awal kunjungan itu?

Kalaupun tidak diperoleh bentuk dan angka sasaran pelaburan dengan fakta yang kukuh, sekurang-kurangnya adalah juga kenyataan ringkas atau rumusan kecil ‘rundingan’ berkenaan.

Tidaklah nanti rakyat, khusus pengkagum MB itu terus dibelenggu pertanyaan; teruja menunggu ‘buah ranum’ gugur di negeri tersebut.

Mereka mahu Terengganu berubah wajah hasil sentuhan orang yang digembar-gemburkan sebagai bakal PM11.

Mereka berhak mengetahui semua itu kerana Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar bukan sahaja berdiri sebagai MB Terengganu, malahan Ahli Parlimen Kemaman.

Sudah ada kedengaran cakap-cakap bahawa pelaburan itu nanti diharapkan mampu sekurang-kurangnya mengubah wajah Kuala Kemaman yang kini masih dilatari panorama tradisional.

Demikianlah terujanya rakyat Terengganu dan itu tentunya perlukan reaksi segera MB berkenaan serta jentera pentadbirannya.

Dalam gambar yang tular itu, Ahmad Samsuri beserta keluarga dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, dan NGO Negeri Terengganu, Hishamudin Abdul Karim berada di lokasi ‘tertentu’ pada temasya Olimpik Paris.

Sebelum itu tular di laman Instagram Ahmad Samduri gambar beliau bertemu Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hasyim.

Menurut laman Facebook Greater Terengganu Development yang mencanai hantaran di Instagram MB berkenaan, kedatangan Ahmad Samsuri ke Perancis bertujuan mencari peluang pelaburan baharu bagi memajukan Terengganu.

Inti polemik ini sekarang, benarkah rombongan MB itu ke Perancis betul-betul berwajah rombongan perdagangan ataubitu hanyalah ‘wayang cina’ sema-mata?

Sekiranya itu betul kenapa tidak disiarkan gambar atau laporan perjanjian persefahaman, persetujuan awal, atau ‘klausa asas’ antara pelabur Perancis dengan MB Terengganu?

Tanda-tanya itu menjadi lebih pekat kerana yang benar-benar tular hanyalah gambar MB dan Exconya itu di temasya Olimpik Paris.

Sebagai perbandingan, Perdana Menteri tidak perlu pun ke gelanggang tertentu seperti Olimpik Paris, namun dapat menarik banyak pelaburan asing.

Kini rakyat mulai sinis dan bertanya; “Adakah Menteri Besar dan Exco datang ke Perancis hanya untuk melihat temasya Olimpik dan cuba ‘menangguk sesuatu’ tetapi tidak kesampaian?”

Tidak ada pilihan lagi bagi MB Terengganu dalam hal ini melainkan mesti menjawab dengan segera kemusykilan tersebut.

Fakta dan kebenaran daripada pihak Menteri Besar berhubung perkara ini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu.

Silakan, tuan!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Di persimpangan nepotisme dan reformasi

REFORMASI bukan sekadar slogan. Ia adalah kesungguhan untuk menggoncang sistem bobrok yang dibina atas dasar kronisme, penindasan dan politik ‘warlord’. Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah sekian lama menjadikan ideologi reformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Memaknai reformasi dalam MADANI

PEMILIHAN Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2025 bakal menjadi satu lagi entiti penting bukan sahaja dalam lipatan sejarah politik tanah air, malah bakal menjadi penentu kejayaan mutlak agenda Malaysia MADANI.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau

JKR Sabah beri amaran penipuan tawaran kerja, tender guna nama jabatan

JKR Sabah beri amaran penipuan tawaran kerja, tender guna nama jabatan

Dadah MDMA bernilai RM6.3 juta untuk pusat hiburan berjaya dirampas

Dadah MDMA bernilai RM6.3 juta untuk pusat hiburan berjaya dirampas

Ops Premis Hiburan: MPT sita 4 ‘billiard’ dan set karaoke

Ops Premis Hiburan: MPT sita 4 ‘billiard’ dan set karaoke