Kastam Kelantan rampas karkas babi seludup

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7,100 kilogram karkas babi dipercayai diseludup dari negara jiran yang dianggar bernilai RM106,500 di Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, Rabu lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan dilakukan Pasukan Marin JKDM Penguatkuasaan Pengkalan Kubor selepas mengekori dan menahan sebuah treler membawa kontena dipandu lelaki di jalan berkenaan.

“Modus operandi ialah membawa masuk karkas itu dari negara jiran melalui pangkalan haram.

“Mereka (penyeludup) juga menggunakan pelbagai jenis kenderaan sama ada lori atau treler,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, karkas babi diklasifikasikan sebagai barang larangan import bersyarat yang tertakluk mengikut Butiran 1(1) Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan permit dari pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tujuan pengimportan.

“Rampasan barang seludup itu melibatkan cukai dianggar RM42,600 manakala treler beserta kontena dianggar RM500,000.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi