Karnival ‘Menuju 2026: Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ promosi Sibu sebagai destinasi pelancongan

SIBU – Sempena menyambut ketibaan Tahun Baharu 2026, Karnival Kiraan Detik Tahun Baharu Sibu Jaya bertemakan ‘Menuju 2026: Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ yang akan dianjurkan bermula 19 hingga 31 Disember di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya.

Karnival selama 13 hari ini dijangka menjadi tumpuan penduduk dan pelawat dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk gerai makanan, produk kraf tangan dan kreatif, aktiviti keluarga serta persembahan kebudayaan. 

Acara kemuncak ialah kiraan detik Tahun Baharu pada malam 31 Disember yang akan diserikan dengan persembahan artis tempatan dan jemputan diikuti dengan pertunjukan bunga api yang gemilang bagi menyambut Tahun Baharu 2026.

Penganjur menyasarkan karnival ini sebagai platform untuk mengukuhkan semangat komuniti di Sibu Jaya dengan merancakkan ekonomi tempatan melalui peluang perniagaan untuk peniaga tempatan dan mempromosikan sektor pelancongan dengan acara yang menarik dan selamat bagi penduduk serta pelawat.

Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput peniaga, penjaja, pengusaha makanan serta produk tempatan untuk mengambil bahagian. 

Tarikh perniagaan adalah dari 19 hingga 31 Disember 2025 bermula jam 5 petang setiap hari.

Saiz gerai adalah 20’ x 20’ dengan wang cagaran untuk kebersihan ialah RM100 manakala caj utiliti dan kemudahan adalah RM500.

Semua gerai akan diagihkan melalui cabutan undi pada Jumaat, 28 November 2025, jam 2 petang di Pusat Khidmat ADUN Dudong.

Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan daripada pihak penganjur atau hadir sendiri ke Pusat Khidmat ADUN Dudong untuk mendaftar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Evonne Yong di talian 012-2455539 atau Mike Yong di talian 013-5552313.

Foto: Pusat Khidmat N52 Dudong

Related Posts

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula