Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci, lapor Azernews.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan luar biasa setiap tahun semasa musim haji.

“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” menurut kementerian itu dalam kenyataannya baru-baru ini.

Sebagai tambahan kepada langkah itu, kementerian itu memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.

Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem bijak yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.

Selain itu, kementerian terbabit turut mengumumkan bahawa keutamaan diberikan kepada jemaah menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.

Sebelum ini, Arab Saudi juga mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji.

Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal.

Perubahan itu bertujuan mengurangkan amalan menunaikan haji tanpa kebenaran yang sah.

Related Posts

Kanada tekankan keutamaan Gaza dalam Board of Peace
  • SitiSiti
  • January 21, 2026

PERDANA Menteri Kanada, Mark Carney, pada Selasa menyatakan kesediaan Ottawa untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, namun menegaskan sebarang penglibatan negaranya dalam inisiatif Board of Peace yang diterajui Presiden Amerika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EU bantah rancangan Trump ‘ambil’ Greenland

DAVOS – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berikrar akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) susulan rancangan Donald Trump, mengambil alih Greenland, wilayah autonomi milik Denmark. Pemimpin Eropah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi