
KENINGAU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dikhuatiri lemas, berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung (Kg) Baru Durok, di sini, pada Khamis.
Menurut Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Timbalan Penguasa Bomba Julius John Stephen JR berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada pukul 1.34 petang.
“Pasukan bomba menerima maklumat daripada pemanggil berkenaan mangsa yang dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda bersama rakan-rakannya.
“Bagaimana pun, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang kampung sebelum ketibaan bomba pada pukul 1 petang dan dilaporkan dalam keadaan selamat.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada pukul 1.42 bersama jentera penyelamat, kemudian terus ke rumah mangsa bagi mendapatkan maklumat terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi tersebut kemudian tamat pada pukul 2.20 petang.






