Kampung Pintasan Tiris terpilih dalam Program Anugerah Aspirasi Desa Madani 2024

SIBUTI – Kampung Pintasan Tiris antara kampung yang terpilih untuk mewakili Daerah Subis dalam Program Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) peringkat Sarawak.

Penilaian ini dilawati oleh enam panel penilai mewakili KKDW serta diwakili daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Industri Makanan, Komuniti dan Pembangunan Wilayah Sarawak serta MARA Negeri Sarawak pada Khamis.

Program  Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM)  bertujuan untuk mengangkat martabat kepimpinan komuniti dan memberi pengiktirafan kepada kampung dalam usaha pembangunan komuniti yang berjaya dan berinovasi selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dan berpaksikan konsep Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. 

Untuk memastikan kelancaran penilaian ini, pelbagai persiapan dan usaha yang dilakukan oleh penduduk Kampung Pintasan Tiris, Subis.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Kampung Kampung Pintasan Tiris iaitu Sulaiman Kabul Karim. 

“Selaku ketua kampung, saya bertanggungjawab memastikan elemen pelaksanaan penilaian ini berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Beberapa pembahagian tugas dilakukan untuk persiapan program ini seperti penyediaan penulisan laporan Aspirasi Desa Madani, penyediaan video kreatif berhubung Aspirasi Desa Madani,tapak dan bahan pameran dan banyak lagi.

Menurut Sulaiman, persiapan program ini telah dibantu oleh pegawai KEMAS, ahli JKKK Kampung Pintasan Tiris, Biro Wanita Kampung Pintasan Tiris serta belia dan penduduk kampung tersebut.

“Persiapan penilaian ini tidak dapat saya laksanakan seorang diri tanpa dibantu oleh pegawai KEMAS, ahli JKKK Kampung Pintasan Tiris, Biro Wanita Kampung Pintasan Tiris serta belia dan penduduk kampung mengikut kepakaran dan bidang masing-masing.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan pegawai KEMAS selaku urusetia program dan kerjasama daripada semua pihak kerana membantu menjayakan program penilaian ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang program penilaian berlangsung bagi memeriahkan lagi program. Perkara ini sempat dikongsikan oleh Mastran Rapaee, Setiausaha JKKK Kampung Pintasan Tiris.

Mastran berkata terdapat beberapa persembahan menarik seperti kulintangan, dendang kedayan, pencak silat, beberapa pameran kraf tangan untuk dipertontonkan kepada hadirin serta tapak jualan buah-buahan dan kraftangan komuniti turut diadakan bagi menghangatkan lagi kemeriahan program ini.

Ujar Mastran lagi, kerjasama semua penduduk kampung telah menjayakan program penilaian ini dan berlangsung dengan meriah. 

‘Bagas, Usai Bautah Luih’ membawa erti rajin berusaha, berdisiplin baru berjaya adalah moto yang menjadi pegangan buat penduduk Kampung Pintasan Tiris.

Semangat bersatu hati dalam kalangan penduduk Kampung Pintasan Tiris adalah pengukuhan perpaduan penduduk kampung tersebut.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan