Kaji semula elaun JKKK di Sabah – Sholehuddinulfatih

SANDAKAN – Sistem pembayaran elaun ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu diperbaiki dan dikaji semula, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Manila, Sholehuddinulfatih Mardin.

Jelas beliau, elaun semasa bagi JKKK adalah tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka buat masa ini.

”Elaun semasa JKKK adalah RM500 sebulan.

“Imbuhan yang diberikan kepada mereka ini langsung tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Pembayaran elaun juga harus dibayar pada tarikh yang sama dengan pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan Ketua Kampung.

“Isu itu juga sering menjadi keluhan JKKK berikutan elaun mereka yang tertunggak sehingga berbulan-bulan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sungai Manila, pada Isnin.

Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui agensi bertanggungjawab dapat merealisasikan kenaikan elaun JKKK di Sabah bagi merapatkan jurang perbezaan itu.

Related Posts

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan