Kaitkan DAP dengan tragedi lubang benam, Pemuda Pas Machang berniat jahat – Young Syefura

KUALA LUMPUR – Mengaitkan perbuatan DAP dengan tragedi lubang benam di Masjid India disifatkan sebagai berniat jahat, kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Wakil rakyat DAP itu berkata demikian membidas Perwakilan Pemuda Pas Kawasan Machang, Mohd Sharif Mohd Azhari yang mentafsir kejadian lubang benam berhampiran Masjid India, baru-baru ini sebagai tanda bala dari Allah SWT bahkan turut mendakwa kejadian itu juga boleh terjadi susulan apa yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dalam usulnya di Muktamar Pas ke-65 dalam usulnya yang berbunyi “Pemuda Pas mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan DAP terhadap urusan umat Islam”.

Justeru Young Syefura menuntut Sharif meminta maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan.

“Mengaitkan tragedi ini dengan perbuatan DAP adalah kenyataan berniat jahat yang cuba menimbulkan fitnah dan sangkaan buruk terhadap sesuatu yang bukan di bawah pengetahuan kita.

“Serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan. Kita tidak berhak membuat penghakiman yang semberono seperti ini.

“Saya minta Saudara Sharif untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut,” gesa beliau di laman X pada Jumaat.

Dalam pada itu, Young Syefura juga mengingatkan sebagai orang Islam, kenyataan yang dibuat oleh Perwakilan Pemuda Pas Kawasan Machang itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

“Kejadian bencana ini boleh dilihat dari sudut kelemahan perancangan manusia ataupun sesuatu yang di luar kawalan kita.

“Adalah tidak munasabah untuk mengaitkan bencana dengan bala Allah yang hanya dalam pengetahuan yang Maha Esa,” katanya.

Semalam media melaporkan, Sharif mendakwa insiden lubang benam itu dilihat sebagai satu bala yang sekiranya tidak disekat kejahatan DAP.

“DAP ini jahat, buat kerja jahat dan kita biarkan dan kita kena sebut perkara ini,” katanya yang menyokong penuh usul dibentangkan oleh Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah