PEMBACA berita sebuah stesen televisyen di Korea Selatan menzahirkan rasa kagum dan teruja berikutan hubungan serta kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dengan Korea Selatan berbanding hubungan bersama Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.
Kedua-dua pembaca berita berkenaan sepakat berpendapat agar kerajaan Korea Selatan meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara yang telah terjalin sejak 1989 dari pelbagai aspek demi kepentingan masing-masing.
“Dialog Korea dan Asean pada tahun 1989 kami mewujudkan ekonomi perhubungan, selepas itu keselamatan politik dan budaya sosial dan lain-lain dalam pelbagai aspek.
“Kini kerjasama yang luar biasa telah mencapai hasil dan Presiden Yoon, pada Oktober tahun ini dalam lawatan ke Asean menghadiri Dialog Hubungan Korea Selatan-Asean sempena ulang tahun ke-35 memberikan respons komprehensif berkaitan hubungan strategik Asean.
“Dialog ini telah mewujudkan perkongsian. Disebut sebagai kesimpulan, Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Asean dengan rakan kongsi peringkat tertinggi.
“Merujuk kepada maksud CSP ini ialah Korea sebagai rakan kongsi utama Asean dalam mengukuhkan statusnya dan merancang untuk menerima pakai pelan tindakan,” katanya menerusi sebuah video tular di platform TikTok.

Sementara itu, katanya, sebagai nilai tambah, Malaysia juga bakal mempengerusikan Asean pada Sidang kemuncak Asean dan kerjasama Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dijadualkan akan diumumkan pada 2025 mengikut strategi bersama.
FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk mempercepat sebarang rundingan tertangguh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian berkenaan dijangka ditandatangani pada lawatan balas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke Malaysia akan datang.
Katanya lagi, pertemuan Korea-Malaysia ini sangat bermaafaat dan membuka ruang ahli perniagaan kedua-dua negara bertemu sekaligus berpotensi meningkat peluang eksport serta menjana pada masa akan datang.
“Di peringkat kerajaan baru-baru ini dalam kira-kira empat setengah tahun dari sekarang, segala rundingan akan disambung semula FTA Malaysia bagi mempercepatkan rundingan berbanding negara pesaing eksport syarikat, ada keperluan untuk memperbaiki keadaan begitu juga kerajaan Malaysia.
“Selain, itu kita dapat memupuk kerjasama teknikal perkilangan atau kerjasama dari segi latihan tenaga kerja, dan lain-lain.
“Oleh kerana terdapat banyak permintaan di bahagian itu antara kerajaan kita boleh mengembangkan kerjasama juga dalam kes syarikat, industri tenaga boleh diperbaharui kerajaan Malaysia yang neutral karbon seperti kenderaan elektrik dan pembuatan bernilai tambah tinggi.
“Untuk memupuk perkara yang sama pelbagai insentif pemberian hadiah kerana ia adalah situasi pasaran tempatan dengan terus memantau berita syarikat kami mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan mesti ada keperluan,” ujarnya.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu semalam, kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama dalam empat bidang utama: keamanan dan keselamatan, pembangunan ekonomi, budaya dan pendidikan, serta kerjasama serantau dan global.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengeratkan hubungan pertahanan dan keselamatan, termasuk kerjasama dalam industri pertahanan dan usaha menangani isu keselamatan bukan tradisional seperti jenayah siber serta pengedaran dadah. Mereka juga mengakui kepentingan pertukaran peringkat tinggi secara berkala untuk mengukuhkan kepercayaan bersama dan hubungan strategik.
Dari segi ekonomi, kedua-dua pihak komited untuk mempercepatkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas bagi memuktamadkannya menjelang 2025.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran tiga MoU mengenai Kerjasama dalam Bidang Pengajian Tinggi, Kerjasama dalam Bidang Penangkapan dan Penyimpanan Karbon, serta Kerjasama dalam Pendekatan Koperasi (bawah Perkara 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris).
Anwar tiba Korea Selatan pada Ahad, untuk lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Korea Selatan.
Kedua-dua negara akan meraikan ulang tahun ke-65 jalinan hubungan diplomatik pada 2025.




