CASA Limbong dan ‘Yellow Town’ yang terletak di tengah-tengah bandar Chukai Kemaman merupakan sebuah kompleks perkedaian yang telah menjadi ikon bandar Chukai sejak dua dekad yang lalu.
Kompleks ini dimiliki oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), suatu ketika dahulu merupakan kawasan tumpuan utama penduduk bandar Chukai dan sekitarnya untuk mendapatkan barang-barang keperluan dan juga tempat menjamu selera.
Namun begitu sejak akhir-akhir ini kerancakan aktiviti di Casa Limbong mula menyaksikan kemerosotan dan tidak lagi gah seperti dahulu.
Tiada sebarang inisiatif untuk membangun dan menjenamakan semula Casa Limbong daripada pihak berwajib.
Dalam situasi ini kedengaran pula kadar sewa akan dinaikkan oleh pihak MPK.
“Dengar kabo sewa Yellow Town nok naik dekat 20 peratus, ye ke dok tok pasti ar, kalu naik memang sian ke penyewa ar, doh lah bisnes tok berape lening, pastu tunggakan zaman COVID duk mitok semacam, jeng kreng gining boh.”
Sepatutnya pihak MPK mengambil inisiatif untuk menjadikan Casa Limbong sebagai tempat tarikan utama bandar Chukai seperti sebelum ini.
“Nok naik sewa kiter dok maroh, cuma wat molek lah bangunan tu, lama berjaman tok rajin cat semula, cat abih lokoh blake, orang luor mari Chukai tengok malu, tobak pun.”
Adakah pihak MPK semakin kekurangan hasil sehingga terpaksa menaikkan kadar sewa?





