Kadar OPR kekal 3.0 peratus

JAWATANKUASA Dasar Monetari, Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat hari ini.

BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global lebih kukuh.

“Bagi 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja positif, inflasi terus sederhana dan dasar monetari kurang ketat.

“Perdagangan global dijangka kekal mampan secara keseluruhan, disokong peningkatan kitaran teknologi yang berterusan,” tambah BNM menerusi Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan petang ini.

Bank pusat itu bagaimanapun menambah, prospek berkenaan boleh dipengaruhi ketidakpastian berhubung dengan sekatan perdagangan dan pelaburan yang lebih banyak.

Ketidakpastian dasar yang kekal tinggi juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara, menurutnya.

BNM memaklumkan bahawa bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan keseluruhan bagi 2024 berada pada kadar dijangkakan.

“Pada masa hadapan, kekukuhan kegiatan ekonomi dijangka berterusan pada 2025, didorong oleh perbelanjaan dalam negara yang berdaya tahan.

“Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar, termasuk semakan kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam, akan menyokong perbelanjaan isi rumah,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi