Kadar kenaikan hutang lebih rendah, kerajaan mampu kawal defisit fiskal

KENAIKAN hutang kerajaan juga harus dilihat dengan kemampuan Putrajaya mengawal defisit fiskal pada kadar sekitar 4 hingga 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kadar itu lebih rendah berbanding 5 peratus atau RM91.4 bilion direkodkan tahun lalu.

Pakar ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion setakat April berbanding RM1.17 trilion pada hujung tahun lalu tidak harus menjadi polemik tanpa mengambil kira faktor lain.

Ahli akademik dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata, jumlah terbabit sebenarnya dalam kawalan anggaran menerusi Belanjawan 2024 selain pada masa sama kerajaan turut melaksanakan pelbagai strategi untuk terus mengurangkannya.

Menurut Barjoyai, strategi itu termasuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu yang menyaksikan harga runcit bahan api itu di Semenanjung Malaysia diapungkan.

Namun, sektor pengangkutan awam dan pengangkut barang terus menikmati bantuan untuk mengurangkan kesan kenaikan terutama kepada pengguna selain bantuan bulanan RM200 disalur kepada pengguna kenderaan persendirian serta petani dan pekebun yang layak.

“Kerajaan dilihat bersungguh-sungguh cuba mengurangkan defisit fiskal salah satunya dengan melaksanakan strategi itu.

“Keadaan ini mewujudkan suasana penerima manfaat apabila kerajaan dapat berjimat RM4 bilion setahun yang hasil itu dikembalikan untuk kesejahteraan orang ramai,” katanya seperti dilaporkan oleh FMT.

Barjoyai berkata, lebih banyak penjimatan akan diperoleh jika kerajaan memperluaskan penyasaran subsidi seperti petrol RON95 yang dibuat bagi memastikan golongan berkelayakan seperti B40 terus menikmati bantuan tunai serta program meningkatkan pendapatan.

Mengikut jawapan bertulis Kementerian Kewangan (MoF) di laman sesawang Parlimen, kerajaan komited mengekalkan trajektori konsolidasi fiskal dengan defisit pada 2022 merekodkan 5.6 peratus KDNK (RM99.5 bilion) kemudian berkurangan 5.0 peratus (RM91.4 bilion) pada tahun berikutnya.

Sementara itu, defisit fiskal pada 2024 diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.

Jelasnya, usaha itu mampu menambah baik kedudukan kewangan awam seterusnya mengurangkan beban hutang dalam jangka sederhana dan panjang.

MoF turut menjelaskan bagi tempoh Januari hingga April 2024, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM70.5 bilion meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion).

Terimaan pinjaman ini digunakan untuk membayar hutang matang sebanyak RM20.6 bilion dan baki RM49.9 bilion bagi menampung defisit dalam tempoh tersebut serta hutang yang akan matang.

Related Posts

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PENGUMUMAN Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai RM710 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Pekerja 2026 disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh daya tahan tenaga kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera