Kadar kemalangan jalan raya di Miri turun 12.5 peratus

MIRI – Sebanyak 3,237 kes kemalangan direkodkan di Sarawak sejak Januari hingga Februari 2025, dengan 61 kematian, 20 kecederaan parah, dan 52 kecederaan ringan.

“Di Miri, sebanyak 526 kes kemalangan telah direkodkan, menunjukkan penurunan sebanyak 12.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024 yang mencatatkan 601 kes,” kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Jelas beliau, penurunan kemalangan maut di Miri, dari 12 kes kepada enam kes pada tahun sebelumnya adalah satu perkembangan yang sangat positif. 

“Marudi turut mencatatkan penurunan ketara dengan hanya 14 kes kemalangan direkodkan, berbanding 27 kes pada tahun 2024, mewakili penurunan sebanyak 48.1 peratus,” kata beliau pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2025 di Stesen Minyak Shell, Jalan Miri Bypass pada Jumaat. 

Beliau berharap dengan adanya kempen sebegini kesedaran penguna jalan raya akan meningkat dan jumlah kemalangan dapat dikurangkan.

“Kempen keselamatan jalan raya ini harus dianjurkan pada perayaan lain supaya impaknya lebih meluas,” ujar beliau lagi. 

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu