Juruterbang, empat warga China maut nahas helikopter di Nepal

KATHMANDU – Lima orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas Rabu di pergunungan barat laut ibu negara Nepal.

Pegawai daerah Nuwakot, Krishna Prasad Humagai berkata, mayat empat lelaki dan seorang wanita telah ditarik dari serpihan helikopter.

“Pasukan penyelamat polis dan tentera tiba di kawasan itu dan dua helikopter penyelamat turut dihantar untuk membantu dalam operasi itu,” katanya memetik berita AP.

Lokasi nahas berada di kawasan Suryachaur terletak di barat laut Kathmandu dan di kawasan pergunungan.

Helikopter itu berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu pada 1:54 tengah hari waktu tempatan dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi.

Pihak berkuasa Penerbangan Awam Nepal berkata, helikopter jenis Eurocopter AS350 milik Air Dynasty yang berpangkalan di Nepal, telah terputus hubungan dengan menara kira-kira tiga minit selepas berlepas.

Empat penumpang itu adalah warga China, dan juruterbang adalah lelaki Nepal, kata pegawai.

Nahas berlaku dua minggu selepas pesawat penumpang terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Kathmandu turut mengorbankan 18 orang dan satu-satunya mangsa terselamat adalah juruterbang yang mengalami kecederaan ringan.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan