SERAMAI 6,246 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 direkodkan tidak hadir berbanding 8,676 calon (2.5 peratus) pada tahun 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, angka tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 2,430 calon bersamaan 0.7 peratus.
“Penurunan ini menunjukkan keberkesanan pelbagai inisiatif dan intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Daripada keseluruhan calon berdaftar dalam peperiksaan SPM Tahun 2024, seramai 386,714 calon merupakan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 hari ini.
Azman berkata, daripada jumlah seramai 344, 919 calon sekolah KPM di mana 338, 673 calon telah hadir bagi menjawab peperiksaan bersamaan dengan 98.2 peratus.
Hari ini, beliau turut mengumumkan seramai 14,179 calon berjaya memperoleh gred cemerlang (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, berbanding 11,713 calon pada 2023.
“Pencapaian keseluruhan calon turut menunjukkan trend positif, dengan indeks Gred Purata Keseluruhan (GPK) mengecil kepada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023,” katanya.
Tambah beliau, calon di kawasan bandar mencatat GPK 4.47 berbanding 4.58 tahun sebelumnya.
Manakala calon luar bandar turut menunjukkan peningkatan dengan GPK 4.92 iaitu lebih baik daripada 5.01 pada 2023.
Jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar juga semakin mengecil, dengan perbezaan hanya 0.02 mata, berbanding tahun sebelumnya.




