Jualan Rahmah MADANI ringankan beban penduduk Kampung Sesok

MUKAH – Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mukah bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sesok Baru mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 300 penduduk hadir mendapatkan barangan keperluan asas pada harga diskaun pada Sabtu.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penurunan harga barangan asas antara 10 hingga 30 peratus dengan kerjasama rakan strategik.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk beras 10 kilogram, minyak masak peket dan botol, gula pasir satu kilogram, telur gred B (30 biji), air minuman 1.5 liter, tepung gandum serbaguna, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, tuala wanita, sabun pencuci pakaian, syampu, tisu serta pelbagai barangan kering, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM20,000.

Ketua Kaum (KK) Sesok Baru, Bedari Marsi berkata, program berkenaan amat membantu penduduk kampung yang berjumlah 689 orang, khususnya dalam mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

“Usaha kerajaan ini sangat memudahkan penduduk kampung, terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kami berharap program seperti ini dapat dianjurkan semula pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Program tersebut merupakan edisi keenam Jualan Rahmah MADANI dan pertama kali diadakan di Dewan Kampung Sesok bagi tahun ini, dengan Sin Yin Grocer Sdn Bhd sebagai rakan strategik.

Program sama turut dilaksanakan serentak di Chop Tiang Soon, Balingian dan Kim Hock Supermarket, Tellian bagi memastikan lebih ramai penduduk setempat mendapat manfaat.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti