JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, Sr. Chua Ming Ling @ Alan berkata, operasi tersebut dilaksanakan selepas pasukan penguatkuasa menjalankan risikan dan intipan hampir seminggu susulan maklumat mengenai kegiatan pengambilan pasir secara haram di kawasan berkenaan.

“Pasukan penguatkuasa jabatan melancarkan serbuan pada kira-kira pukul 9.45 pagi, pada 5 Mac di lokasi yang dikenal pasti.

“Hasil serbuan itu, pihak jabatan telah menyita sebuah ekskavator jenis CAT dan sebuah lori Nissan 13 tan yang membawa muatan pasir darat.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana individu yang berada di lokasi kejadian sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Chua berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung operasi tersebut dan Kertas Siasatan (IP) akan dibuka oleh Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasa bagi melengkapkan siasatan.

“Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan di bawah Ordinan Tanah Sabah (Bab 68).

“Kejayaan operasi tersebut adalah hasil kerjasama antara Pasukan Penguatkuasa JTU Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin Masyarakat Kota Belud serta maklumat daripada orang awam.

“JTU Sabah akan terus mempergiatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti pengambilan tanah, pasir atau batu secara haram di seluruh Sabah.

“JTU Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pengusaha yang melanggar undang-undang di bawah Ordinan Tanah Sabah,” tegasnya.

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter