JPJ Pahang nafi keluar permit perjalanan sementara periksa kenderaan

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menafikan pernah mengeluarkan permit perjalanan sementara bagi tujuan pemeriksaan kenderaan menggunakan nama dan tandatangan pengarahnya.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan, permit dikesan atas nama pengarah adalah palsu dan permit berkaitan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ negeri atau cawangan tanpa memerlukan tandatangan pengarah.

“JPJ Pahang mengesan dokumen palsu yang menyalahgunakan nama jabatan dan nama pengarah JPJ Pahang dalam urusan perkhidmatan.

“Jabatan ini amat serius dalam menangani isu pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama.

“Justeru, satu laporan polis dibuat pada Jumaat dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat demi menjaga kepentingan awam,” menurut kenyataan itu.

JPJ Pahang turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam urusan pembelian kenderaan, terutamanya pembelian melalui platform atau sumber yang disyaki tidak sahih.

“Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan kepada JPJ sebarang tawaran atau dakwaan pihak ketiga berkaitan perkhidmatan jabatan itu, bagi tindakan pengesahan dan pencegahan yang lebih berkesan,” katanya.

Related Posts

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti