JPJ laksana ‘road ban’ kenderaan berat 19–20, 28–29 Mac

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada 19 dan 20 Mac, iaitu sebelum Aidilfitri, serta 28 dan 29 Mac selepas perayaan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) selama empat hari itu mengambil kira peningkatan trafik ketara kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

“Justeru, MoT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MoT 2026 di sini, semalam.

Beliau berkata, JPJ akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi.

Loke menggesa rakyat mengutamakan pengangkutan awam, manakala pemandu kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi