Jongkong emas pertama terhasil dari lombong emas Tanah Merah Kelantan

NICHE Capital Emas Holdings Berhad (Nice) berjaya menghasilkan jongkong emas pertama dari loji pemprosesan emas miliknya di lombong emas Sokor utara di Kusial, Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Pegawai Operasinya, Ir. Tan Ken Sim berkata, syarikat perlombongan itu lega apabila melihat jongkong emas pertama itu kerana sekurang-kurangnya ia membuktikan emas memang boleh dihasilkan di tapak konsesi perlombongan emas milik syarikat itu.

Menurut beliau, penghasilan jongkong emas itu adalah detik penting bagi kembara panjang Nice dalam sektor penerokaan dan perlombongan logam berharga di Malaysia.

“Apabila nampak jongkong emas pertama tadi saya sangat lega. Ia adalah hasil titik peluh kami selama tiga tahun ini dan menjadi bukti bahawa kita memang boleh menghasilkan emas di loji pemprosesan Sokor.

“Bagaimanapun masih banyak yang perlu kami lakukan di sini termasuk memikirkan bagaimana mahu menghasilkan lebih banyak emas,” katanya kepada pemberita di Kelantan semasa lawatan ke Loji Pemprosesan Emas Sokor Utara, Kusial, di Tanah Merah kelmarin.

Ken Sim berkata, Nice memulakan operasi perlombongan emasnya pada tahun 2021 di atas tanah berkeluasan 1,831 hektar milik Kerajaan Kelantan di kawasan Hutan Simpan Kekal Sokor Taku di Daerah Ulu Kusial.

Menurut beliau, kawasan yang merangkumi Sokor Utara seluas 547 hektar, Sokor Tengah (373 hektar) dan Sokor Selatan (910 hektar) itu diberikan secara pajakan selama 12 tahun.

“Kami mendapat kelulusan penuh untuk menjalankan perlombongan emas pada April lalu. Bagaimanapun bermula tahun 2021 sehingga kini syarikat telah melabur sekitar RM50 juta untuk kerja-kerja eksplorasi dan pembinaan loji pemprosesan emas.

“Dengan kejayaan menghasilkan jongkong emas pertama hari ini (kelmarin) kami akan mula memasuki peringkat pengoptimuman operasi dengan harapan semuanya berjalan lancar dan memberikan hasil positif buat kami,” kata beliau, lapor media di Kelantan.

Ken Sim berkata, Nice turut mengunjurkan untuk mengoperasikan dua lagi loji, iaitu di kawasan tengah dan selatan pada tahun hadapan, namun ia turut bergantung kepada beberapa faktor termasuk eksplorasi dan pematuhan peraturan.

“Buat masa ini, kami belum dapat menetapkan sasaran penghasilan emas setahun tetapi berdasarkan reka bentuk loji, ia mampu memproses 30 hingga 40 tan tanah bagi mendapatkan sekitar enam hingga 12 kilogram (kg) emas sebulan.

“Gred emas yang dihasilkan pula adalah bergantung kepada nisbah pemulihan dan tahap kecekapan kerja.

“Selain itu, berpandukan keberadaan syarikat berjiran yang sudah sedekad bertapak di sini, kami jangka hayat sektor perlombongan emas di Sokor dapat bertahan lama,” katanya.

Tambahnya, Nice hanya berperanan melombong dan menjual emas dihasilkan kepada saluran yang betul dan terpulang kepada pihak berkenaan untuk memasarkan komoditi itu secara komersial di pasaran global.

Related Posts

Selangor rangka strategi perkukuh sekuriti makanan melalui koperasi

KLANG — Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka strategi menyeluruh bagi memperkukuh sekuriti makanan negeri dengan menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan makanan, kata EXCO Hal Ehwal Pengguna, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri maritim pacu ekonomi dan kemahiran tenaga kerja Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak melihat industri pembinaan dan pembaikan kapal sebagai antara sektor strategik yang berpotensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri selain menyediakan peluang pekerjaan serta memperkukuh pembangunan kemahiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam