Johor sumbang RM500,000 kepada semua negeri terjejas banjir

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengambil pendekatan membantu kesemua mangsa banjir di seluruh negeri melalui sumbangan bernilai RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sumbangan khas itu akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri yang terlibat sebelum ianya dimanfaatkan untuk mangsa banjir.

“Berikutan kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan bagi membantu mangsa terjejas.

“Sejumlah RM500,000 diperuntukan bagi tujuan itu yang akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.

“MAINJ mendoakan keselamatan kepada semua penduduk dan mangsa terjejas serta berharap kejadian banjir segera pulih,” katanya dalam keyataan.

Sehingga kini, beberapa negeri di seluruh Malaysia dilaporkan mengalami musibah banjir terburuk.

Setakat pagi ini, Kelantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai disusuli dengan Terengganu dan Kedah.

Selain itu, turut terjejas bencana itu adalah negeri Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Related Posts

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

KOTA KINABALU – Krisis dalaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan, Iskandar Zulkarnain Ramli secara terbuka mendakwa Presiden, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah kehilangan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa