Johor peruntuk hampir RM40 juta kos baik pulih kediaman daif

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus komited dalam membantu rakyat menikmati kehidupan lebih baik khususnya bagi golongan kurang berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia termasuklah isu kediaman yang mengalami masalah kerosakan atau tidak sempurna lantaran kesempitan hidup dialami penghuni terbabit.

Menurut beliau, bagi tahun ini, Kerajaan Johor bersama beberapa agensi berkaitan telah memperuntukkan sejumlah RM39.6 juta bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman daif.

“Bagi keperluan tempat kediaman, golongan asnaf di Johor bagi tahun ini diperuntukan sebanyak RM39.6 juta melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan untuk tujuan baik pulih dan bina baru rumah.

“Kerajaan Johor sendiri bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ); Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor; Southern Volunteers; Lembaga Kemajuan Johor Tenggara; GiatMARA dan Malaysia FELCRA terus memainkan peranan membantu rakyat dalam usaha ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bantuan berkenaan merupakan sebahagian usaha dan komitmen berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan sifar miskin tegar yang dianjurkan pihaknya bermula tahun ini.

“Sifar miskin tegar bukan maksudnya tiada orang miskin di Johor, tetapi ia bermakna semua orang susah di negeri ini sifar daripada tercicir menerima bantuan kerajaan.

“Kerajaan Johor kekal bersungguh dalam memastikan setiap rakyat negeri yang susah mendapat bantuan segera. Selain bantuan kudrat dan wang ringgit, kami juga berusaha membantu meluluskan pelbagai permohonan dengan syarat mudah agar tidak menyusahkan pemohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Fared, oleh demikian semua pihak diminta memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat golongan keciciran daripada menerima sebarang bentuk bantuan atau mana-mana individu yang memerlukan perhatian pihaknya dengan segera.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan