Johor perkenal syarat baharu bagi pembangunan pusat data

ISKANDAR PUTERI – Selaras dengan kecanggihan teknologi digital masa kini yang membabitkan penggunaan tenaga semakin tinggi, kerajaan Johor bersetuju memperkenalkan syarat baharu bagi pembangunan pusat data di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, syarat baharu berkenaan penggunaan air hujan, kitar semula dan teknologi itu nanti bertujuan mengelakkan penggunaan air dan tenaga domestik tempatan di negeri ini terjejas.

“Johor menjangkakan pusat data di Johor akan berkembang pesat dan berterusan sehingga 2028. Oleh demikian, kita akui pusat data gunakan air dan tenaga yang banyak.

“Namun Johor merangka dan memperkenalkan garis panduan khas sejak April lalu menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Johor.

“Setiap kali ada permohonan pusat data baharu, kita akan meneliti keberkesanan bekalan air dan elektrik yang syarikat berkenaan bakal gunakan nanti.

“Oleh itu, kita bercadang memasukkan syarat baharu tertentu termasuk penggunaan kitar semula air, air hujan dan teknologi terbaru supaya ia dapat menjimatkan penggunaan air sekali gus tidak menjejaskan penggunaan domestik,” katanya dalam hantaran di Facebook sempena pelancaran Invest Johor 2024, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Johor dilaporkan bakal menarik lebih 50 pusat data dalam tempoh dua tahun lalu dengan Sedenak Tech Park (STeP), di sini, sahaja mempunyai kapasiti lebih satu gigawatt (GW).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, pertumbuhan pesat dalam industri pusat data menunjukkan keupayaan Johor menjadi hab pusat data baharu di Asia.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

KENINGAU – Seramai 24 individu dilantik sebagai ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi tempoh dua tahun, diseru agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan tadbir urus yang lebih berkesan dan inklusif khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026