Johor catat pelaburan tertinggi negara bagi tahun 2025

JOHOR BAHRU – Johor sekali lagi membuktikan kestabilan ekonomi kukuh apabila berjaya mencatatkan pelaburan tertinggi negara dengan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) RM30.1 bilion bagi suku pertama tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kadar pelaburan tinggi ini turut disumbangkan hasil daripada keupayaan negeri yang berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju.

“Pelaburan yang masuk ini membuka 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi serta kepakaran, dan mengukuhkan daya saing ekonomi negeri.

“Peranan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam menarik pelaburan juga semakin ketara.

“Dengan insentif pelaburan yang kompetitif serta kedudukan strategik Johor berdekatan Singapura, zon ini menjadi pemangkin utama merancakkan ekonomi dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa, sekaligus memberi manfaat kepada 4 juta Bangsa Johor,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan tinggi kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan kepada barisan Kerajaan Negeri.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail atas sokongan dan nasihat dalam memastikan fokus yang berterusan terhadap pembangunan ekonomi negeri, demi kemajuan dan kesejahteraan Bangsa Johor.

“Terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Lee Ting Han, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi, Invest Johor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

“Johor akan terus maju sebagai pusat pelaburan bertaraf antarabangsa, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk Bangsa Johor, Insya-Allah,” ujarnya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah