Johor bakal laksana bandar pintar

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus komited memastikan hasrat dalam mentransformasikan 16 buah bandar di negeri ini sebagai bandar pintar menjelang tahun 2030 nanti terlaksana.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kesemua bandar di negeri ini akan melibatkan usaha daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdapat di Johor.

“Daripada kesemua PBT berkenaan, enam daripadanya telah menyerahkan pelan tindakan bandar pintar masing-masing kepada Kerajaan Negeri.
 
“Enam PBT berkenaan adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT),” katanya ketika berucap merasmikan Program Johor Smart City Day (JSCD) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani, Ketua Pengarah PLANMalaysia; Datuk Dr Alias Rameli serta Kurator Ibu Kota Nusantara, Indonesia, Dr Mochamad Ridwan Kamil,

Sempena JSCD 2024, MBJB diumumkan sebagai penerima Anugerah Bandar Pintar Johor kategori Agensi Kerajaan menerusi inisiatif Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) manakala kategori Sektor Swasta pula diraih oleh Sunway Iskandar Sdn. Bhd. melalui inisiatif Sunway City Iskandar Puteri.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi