JNN Perlis lapor polis fitnah jejas integriti institusi pendidikan

KANGAR – Jemaah Nazir Negeri (JNN) Perlis membuat laporan polis berhubung penyebaran beberapa hantaran berunsur fitnah dalam media sosial yang didakwa menjejaskan integriti institusi pendidikan negeri ini.

Ketua Nazir Negeri, Munsyi Mohd Salleh Hassan berkata, laporan itu difailkan selepas pihaknya menerima makluman mengenai satu hantaran di Threads yang kemudian turut dikongsikan semula dalam Facebook.

Beliau berkata siasatan awal JNN mendapati hantaran asal dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama Zul Mainoe yang mempunyai ribuan pengikut dalam dua platform media sosial berkenaan.

“Hantaran yang sama turut dikenal pasti dikongsi dalam kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) oleh beberapa pengguna termasuk Hasmi Ali dan seorang guru, Lita Abdul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kandungan hantaran tersebut memberi gambaran tidak tepat seolah-olah pegawai JNN Perlis terdiri daripada guru bermasalah, sedangkan fakta menunjukkan tiada seorang pun pegawai JNN pernah berkhidmat sebagai guru sekolah menengah di Perlis.

Jelasnya, pelantikan pegawai nazir juga melalui proses tapisan komprehensif yang menilai pelbagai aspek profesionalisme dan tidak dibuat secara sembarangan.

“Hantaran tersebut secara tidak langsung turut menjejaskan reputasi guru sekolah menengah di Perlis kerana digambarkan sebagai malas atau sering ponteng, sedangkan audit keberadaan guru menunjukkan prestasi yang baik,” katanya.

Beliau berkata, tuduhan bahawa pengetua sekolah di negeri ini biadab terhadap pegawai kementerian juga tidak benar, kerana semua pengetua diketahui memiliki disiplin kepimpinan yang tinggi.

Katanya, walaupun individu yang dikaitkan dengan hantaran tersebut telah memohon maaf, permohonan itu tidak menyeluruh dan tidak memadai untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap JNN Perlis.

“Laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap semua pihak terlibat dan bagi memastikan penularan maklumat palsu seperti ini tidak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pendidikan,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat