JKN Pahang periksa 10,161 premis, keluar 7,390 kompaun kesalahan merokok

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengeluarkan 7,390 notis kesalahan berkaitan amalan merokok hasil pemeriksaan di 10,161 premis sejak Oktober 2024 hingga 31 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 35 kertas siasatan dibuka JKN Pahang membabitkan kesalahan pengiklanan, penjualan dalam talian, penjualan vape berbentuk mainan dan penjualan rokok di bawah harga minimum.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, Kerajaan Negeri juga sudah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak mengeluarkan permit baharu dan memperbaharui lesen penjualan vape selepas 31 Disember ini.

“Perkara ini selaras dengan keputusan kerajaan Pahang pada 11 Jun lalu yang mengharamkan penggunaan vape di negeri ini dan kita minta kerjasama PBT dalam hal berkaitan, untuk tidak mengeluarkan permit penjualan vape selepas hujung tahun ini,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Operasi Selamat Paru-paru Peringkat Pahang di ibu pejabat JKN Pahang, dekat Indera Mahkota.

Seramai 418 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi itu yang dilaksanakan serentak di 28 lokasi di Pahang.

Sementara itu, Razali memaklumkan, operasi berkenaan turut memfokuskan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 atau Akta 852.

“Menerusi akta ini, kita memantau dan menguatkuasakan aktiviti promosi, penjualan dan penggunaan produk secara tidak sah, terutama secara dalam talian,” katanya.

Razali berkata, fokus utama operasi itu adalah pematuhan kepada larangan penjualan rokok kepada orang belum dewasa, penjualan rokok dalam jarak 40 meter dari institusi pendidikan dan kesalahan pameran penjualan produk merokok.

Related Posts

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece