JKN Pahang arah 2 kilang ais kotor tutup

KUANTAN – Dua kilang ais diarah tutup kerana gagal memastikan premis berada di dalam keadaan bersih.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, dari 15 kilang ais diperiksa, sebanyak sembilan notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai kompaun RM11,550 dikeluarkan kepada pemilik.

Katanya, pemilik juga dikesan tidak menyediakan sistem kebolehkesanan makanan, pengendali tidak mengenakan apron semasa mengendalikan ais dan ais yang dijual tidak mempunyai label seperti diperuntukkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Selain itu, dalam tempoh dua hari Ramadan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengeluarkan 24 Notis Memerintah Kehadiran Ke Mahkamah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kepada pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini.

“Kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 412 gerai dan 940 pengendali makanan di bazar Ramadan seluruh negeri Pahang.

“Antara kesalahan yang dikesan, pengendali makanan tidak memakai topi, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan serta gagal memastikan kuku sentiasa pendek selain memakai perhiasan diri ketika mengendalikan makanan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar