Jentera UMNO perlu ada ilmu, jangan ada lagi sikap ‘pelancong pilihan raya’

KUALA LUMPUR – Jentera UMNO disifatkan hanya akan berfungsi sebagai ‘pelancong pilihan raya’ sekiranya tidak dipersiapkan dengan pelbagai ilmu bagi melaksanakan tugas dalam memikat semula hati rakyat kembali bersama parti.

Perwakilan Wanita UMNO Kelantan, Norfazdlete Aryani Mohd Rosli berkata, ia tidak boleh dilakukan dengan cara tangkap muat berikutan tindakan terbabit tidak akan membantu kemenangan parti.

Menurutnya, setiap jentera partinya seharusnya memahami secara terperinci berkenaan hal ehwal parti mahupun pendirian dalam menangkis sesuatu isu yang berlaku.

“Cukuplah wanita berhadapan dengan jentera tangkap muat apabila diarahkan melaksanakan tugas, mereka gagal melaksanakan dengan baik, gagal memberi makluman berkaitan parti, gagal menjawab persoalan dibangkitkan, seterusnya gagal menarik sokongan pengundi.

“Kita tidak mahu lagi ada istilah pelancong pilihan raya,” katanya ketika berucap membahaskan Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.

Dalam pada itu, Norfazdlete berpandangan, keperluan untuk UMNO memiliki pasukan khusus yang dipersiapkan dengan kepakaran, maklumat dan imbuhan khas, serta diberi latihan secara berkala, untuk menghadapi pilihan raya.

“Sayap juga perlu diberi tanggungjawab untuk membentuk dan mengurus sepenuhnya gerak kerja tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Norfazdlete berkata, gerak kerja Wanita tidak boleh bermula hanya apabila pilihan raya makin hampir.

“Ia mesti disusun lebih awal, dirancang dengan teliti dan digerakkan secara berterusan,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James