Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat disemadikan

IPOH – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, di sini, jam 11 pagi Ahad.

Anggaran 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta rakan-rakan politik sama ada dari blok kerajaan dan pembangkang turut berada di sekitar tanah perkuburan.

Beberapa bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk Perak turut kelihatan antaranya Azizol Abu Hanifah, Syamsol Saad dan Ahmad Shahrul Azhar.

Antara rakan politik yang turut hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hang Tuah Din dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak yang juga Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid An-Nur, Desa Sri Ampang untuk dimandikan sebelum disolatkan kira-kira 1,000 jemaah yang diimamkan Ustaz Azmuley Abdul Aziz.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta Ketua Pembangkang Perak yang juga ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria turut sama menunaikan solat jenazah.

Terdahulu, Saarani menyifatkan secara peribadi beliau kehilangan seorang sahabat rapat.

Bahkan ujarnya, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kerana beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Kami berkawan sudah lama iaitu sejak Allahyarham Ishsam menjadi pemain bola sepak lagi.

“Malah semasa saya menjadi Ketua Pembangkang, beliau sering datang berjumpa, berbincang serta mengutarakan isu serta permohonan dari kawasannya,” katanya sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarga di Desa Sri Ampang, di sini.

Saarani berkata, terbaharu beliau telah meluluskan permohonan Allahyarham untuk menaik taraf masjid kampung di Ayer Kuning.

“Allahyarham juga ada mengadu berkaitan laluan baharu yang dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan saya telah sama turun padang untuk melihat keadaan itu.

“Bagi saya, Allahyarham telah melaksanakan perkhidmatan baik kepada masyarakat di kawasannya,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Allahyarham menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan memperolehi 9,908 undi dengan majoriti 2,213 undi.

Beliau yang pertama kali bertanding di DUN N48 itu berjaya mengalahkan empat lagi calon lawan di atas tiket Barisan Nasional (BN).

Related Posts

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

LAHAD DATU – Dakwaan kononnya kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik Tawau yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia secara rasmi sebagai milik Indonesia adalah tidak benar, kata Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese