Jenayah di KK turun hampir 20 peratus, polis lancar operasi khas Aidilfitri

KOTA KINABALU – Kadar jenayah di daerah Kota Kinabalu menunjukkan penurunan hampir 20 peratus setakat ini berbanding tempoh sama tahun lalu, hasil kerjasama erat antara polis dan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, penurunan tersebut direkodkan sejak sambutan Tahun Baharu Cina sehingga kini.

“Alhamdulillah sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina sehingga sekarang, kadar jenayah di Kota Kinabalu menurun hampir 20 peratus berbanding tahun lepas.

“Ini adalah hasil kerjasama yang baik daripada masyarakat Kota Kinabalu yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui sempena program serahan bubur lambuk anjuran IPD Kota Kinabalu bersama Perkep dan Amanita, di sini pada Rabu.

Menurutnya, pihak polis akan melaksanakan operasi dan penugasan khas sempena Aidilfitri bermula 18 hingga 25 haribulan ini bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya memaklumkan kepada balai polis berhampiran atau menggunakan sistem kod QR yang disediakan pihak polis.

“Kita mengharapkan masyarakat yang hendak balik ke kampung memaklumkan kepada balai polis berhampiran ataupun melalui QR code yang disediakan bagi memudahkan pemantauan keselamatan kediaman,” ujarnya.

Bagaimanapun, Kasim berkata, pihaknya kini memberi perhatian terhadap peningkatan kesalahan lalu lintas yang dipercayai berlaku susulan persiapan masyarakat menjelang Aidilfitri.

Tambahnya, antara kesalahan yang kerap dikesan termasuk meletakkan kenderaan secara ‘double parking’ serta parkir di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Kita berharap masyarakat mematuhi peraturan lalu lintas dan menggunakan tempat parkir yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan serta kesalahan trafik.

“Tindakan termasuk saman akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan,” tegasnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu