Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 kukuhkan semangat kebangsan

BATU NIAH – Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 yang berlangsung di Taman Negara Niah, Selasa lalu, menjadi platform penting memupuk perpaduan rakyat, menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat patriotisme bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, berkata program itu menggabungkan elemen sukan, kesihatan dan kebangsaan, sekali gus menjadi medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum di seluruh negara.

“Kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang membuktikan bahawa semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia terus hidup dan berkembang subur,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Program anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia itu menampilkan tiga agenda utama iaitu Perpaduan dan Integrasi Nasional, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) serta Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Antara pengisian menarik ialah kempen Cakap Baik-Baik, program Jejak Harmoni, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, edaran kit kebersihan diri, serta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.

Rosey turut menekankan peranan trak Wellness on Wheels (WoW) yang dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai inisiatif membawa perkhidmatan kesihatan bergerak terus ke kawasan komuniti, bagi memudahkan akses dan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk penganjur, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, sukarelawan serta masyarakat setempat atas komitmen dan kerjasama menjayakan program itu.

“Peserta kayuhan hari ini bukan sekadar atlet, tetapi duta perpaduan yang membawa mesej keharmonian ke setiap lokasi persinggahan. Saya yakin semangat perpaduan ini akan menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran sepanjang kayuhan,” ujarnya.

Majlis berakhir dengan pelepasan rasmi peserta kayuhan, menandakan bermulanya jelajah yang akan singgah di pelbagai lokasi di Borneo, bagi mempromosikan perpaduan, kesihatan dan semangat kebangsaan.

Foto: Adum Liu (Utusan Sarawak)

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri