Jelajah ANMS Parlimen Sepanggar 2025, pacu gaya hidup sihat komuniti

KOTA KINABALU – Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Kawasan Parlimen Sepanggar Tahun 2025 menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan, Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu (PKK KK), Dr Noraziah Bakri, ANMS telah menjadi salah satu agenda utama negara dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia dengan berpaksikan empat teras utama, sejak dilancarkan pada 11 November 2021.

“Pertama adalah mempromosikan pembudayaan hidup sihat di mana kementerian telah berusaha untuk mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan rakyat hidup sihat dalam masyarakat.

“Yang kedua, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang mudah diakses dan mesra rakyat. Ketiga, kewalahan kesihatan kendiri dengan menggalakkan rakyat menjaga kesihatan diri, membuat saringan dan mengurus risiko penyakit.

“Dan yang keempat, menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan persekitaran sihat, bersih dan kondusif,” katanya semasa berucap dalam Program Jelajah ANMS Kawasan Parlimen Sepanggar Tahun 2025 di Gelangang Futsal Kampung Darau, Manggatal, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan ANMS ini tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata.

“Ia adalah usaha bersama yang memerlukan komitmen daripada semua lapisan masyarakat termasuk individu, keluarga, komuniti dan organisasi,” katanya.

Jelas Dr Noraziah, program ini turut dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti jelajah, kempen kesihatan, intervensi komuniti dan aktiviti pendidikan.

Tambahnya, penglibatan aktif daripada ejen kesihatan komuniti iaitu MyChampion yang memainkan peranan mendidik dan menggerakkan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Bersama-sama dalam program hari ini adalah Pengerusi MyChampion kawasan Kota Kinabalu, Firdaus Abdullah, yang aktif menggerakkan komuniti dalam setiap aktiviti jelajah.

“Diharapkan program pada hari ini menjadi platform untuk kita membuat perubahan dengan memilih amalan gaya hidup sihat sebagai tanda sokongan kepada usaha ini,” ujarnya.

Selain MyChampion, jelajah ANMS ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi dan pihak termasuk Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sabah (KPDN), Polis Diraja Malaysia, RELA, Ketua Kampung, JPKK Kampung Darau, New Hope Metal Sdn Bhd, serta penduduk Kampung Darau.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Datuk Peto Galim.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan penuh dan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta pasukan perunding Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh