JDT pertahan kejuaraan Piala FA

PENGUASAAN Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sukar digugat apabila menang besar ke atas Selangor FC dengan 6-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan pada 2016, 2022 dan 2023, termasuk pada 1998 ketika di bawah Johor FA.

Lebih manis, kemenangan besar itu turut dibantu dengan jaringan hatrik bekas pemain remaja Sepanyol, Juan Muniz dengan dua daripadanya dihasilkan menerusi sepakan percuma cantik.

Sebaliknya skuad Red Giants terpaksa akur dan perlu menunggu lagi selepas kali terakhir mendakap Piala FA pada 2009 lalu.

Dalam aksi itu, kedua-dua pengendali membariskan skuad terkuat dengan masing-masing mempertaruhkan penyerang berbisa Bergson da Silva buat JDT manakala Ronnie Fernandez buat Selangor.

Sebaik wisel permulaan ditiupkan, JDT jelas menguasai aksi di mana amaran awal hadir menerusi percubaan tepat Arif Aiman Hanapi pada minit ke-11 yang mudah didakap Sam Samerville.

Babak pertama berlangsung dengan begitu sengit dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

JDT terlebih dahulu di depan hasil sepakan percuma Juan Muniz pada minit ke-24 yang terus menerjah jaring menewaskan Sam Somerville.

Skuad Harimau Selatan menambah jaringan hasil serangan balas pantas sebelum penyudah tajam Arif Aiman Hanapi memberikan gol kedua JDT.

Bersambung babak kedua, Selangor cuba bangkit dengan gol Fortes di awal permainan pada minit ke-59 sekali gus merancakkan tempoh permainan.

Anak didik Bidoglio terus bermaharajalela apabila menambah dua jaringan masing-masing menerusi Juan Muniz dan Heberty.

Muniz melengkapkan hatrik dan jaringan keenam untuk kemenangan besar 6-1 ke atas Gergasi Merah.

Related Posts

Pemain catur remaja negara terima Piala PMX

PEMAIN catur remaja, Shen Ree Herng menerima Piala PMX ‘Prestasi Terbaik Keseluruhan Peserta Malaysia’ dalam Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 yang berlangsung di Pulau Pinang. Trofi disampaikan Yang Dipertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed meninggal dunia

MANJUNG – Dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed yang meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru “Legend…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas