JDT atasi Imigresen kekal rekod cemerlang

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak sempurna dalam kempen Liga Super 2025/26 apabila menewaskan Imigresen FC, 3-0 di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, petang semalam.

Skuad Harimau Selatan kendalian Xisco Muñoz bermula garang dengan hampir membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Jon Irazabal, namun sedikit tersasar.

Asakan bertali arus terus memaksa benteng The Mighty Tigers di bawah bimbingan Yusri Che Lah bekerja keras mengekang deretan percubaan berbahaya JDT.

Gol pembukaan JDT hadir pada minit ke-43 apabila Irazabal menyudahkan sentuhan Arif Aiman Hanapi bagi memastikan pasukan itu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan menggandakan tekanan sebelum Jairo Da Silva meledak gol kedua pada minit ke-58.

Semangat menyerang JDT semakin membara dan Jao Figueiredo melengkapkan pesta tiga gol pada minit ke-77 untuk memastikan tiga mata penuh milik juara bertahan.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan