JAWI siasat kumpulan zikir pelik di kubur

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan berkaitan aktiviti sekumpulan individu di tanah perkuburan Danau Kota, Setapak.

Mohd Na’im berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu juga diminta menyalurkannya kepada Jawi bagi membantu siasatan.

Jelasnya, semua pihak dinasihatkan tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Semua pihak dimohon menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam, ” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu ‘berzikir secara pelik dan kuat’ di sebuah tanah perkuburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ujarnya, perbuatan itu dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi semalam.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM