Jasa Awie jadi sandaran, tangan pengundi yang menentukan

JIKA pengundi PRK Nenggiri taksub menjadikan parti sebagai sandaran untuk mereka mengundi, maka mereka telah membuat pilihan yang salah.

Namun jika memilih calon yang bekerja dan terbukti jasanya, maka mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Tentu pengundi PRK Nenggiri masih ingat ketika negara dilanda Covid-19, ramai yang berhadapan dengan kesusahan.

Ada yang tidak dapat bekerja atau mungkin dibuang kerja dan ada yang tidak boleh berniaga seperti biasa.

Ketika itu, ada individu yang cekal membantu menghantar bantuan agar beban penduduk Nenggiri menjadi ringan.

Individu itu adalah calon BN nombor 2, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie.

Rata-rata penduduk setempat mengakui segala usaha dan jasa yang telah beliau lakukan demi kesejahteraan semua.

Tidak ada yang menidakkan atau menafikan apa yang telah beliau sumbangkan tanpa mengira fahaman politik.

Difahamkan, calon Bersatu, Rizwadi Ismail sendiri juga tidak terkecuali menerima bantuan yang disampaikan oleh Awie.

Setakat ini tidak ada yang kurang dan tidak ada cerita yang buruk apabila penduduk bercerita tentang siapa Awie.

Maka pada 17 Ogos ini, berlaku adillah dengan Awie agar beliau dapat terus menabur bakti kepada penduduk Nenggiri.

Awie telah pun membuktikan beliau layak manakala tangan pengundi PRK Nenggiri menentukan ia menjadi realiti.

Related Posts

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang