
INANAM – Pasukan Penguat kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Inanam melaksanakan operasi pemotongan penyambungan paip haram di Suang Parai di sini bermula pada Selasa.
Menerusi hantaran Facebook JANS, sebanyak 27 penyambungan paip haram telah dikesan dalam operasi dua hari.
“Pada hari pertama, sebanyak 17 penyambungan dijumpai sementara 10 lagi dikesan pada Rabu.
“Penguat kuasa melaksanakan pemotongan, kimpalan dan pengecatan di lokasi-lokasi tersebut bagi memastikan tiada lagi aktiviti haram di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.
Operasi ini dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang bertujuan memastikan kelestarian sumber air dan mengelakkan pembaziran.







