
SANDAKAN – Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) di Segaliud pada 26 Ogos nanti.
JANS menerusi kenyataan rasmi di Facebook memaklumkan, tekanan air akan kembali pulih dalam masa SEminggu daripada tarikh notis dikeluarkan.
“Kerja-kerja ini akan bermula pada 26 Ogos dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya sehingga selesai,” kata kenyataan itu.
Antara kawasan yang akan terjejas iaitu seluruh kawasan Batu 1 sehingga Batu 17, Jalan Lintas Sibuga, Jalan Labuk, Jalan Utara, Jalan Lintas Utara, Jalan Buli Sim-Sim, Kawasan Sim-Sim, Grandview, Sunny Estate, Kompleks Polis, kawasan Bandar, Jalan Batu Sapi, Taman Mawar, Taman Ulu Sibuga, Taman Sibuga, Taman Ramin, Kampung (Kg.) Bahagia, Kg. Gas, Jalan Bokara, Kg. Air, Kg. Bokara, Jalan Sungai (Sg.) Manila, Jalan Sg. Batang dan kawasan sekitarnya.
“JANS menasihatkan para pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan mengamalkan penggunaan air secara berjimat-cermat sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi pihaknya di talian 088-326888 yang beroperasi selama 24 jam.