Jannie seru KRT Kapayan laksana pembersihan berkala, tangani wabak denggi

PENAMPANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang menggesa lima Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah ditubuhkan di Kapayan agar melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala bagi membasmi denggi di kawasan tersebut.

Jannie berkata, beliau akan memasukkan pencegahan denggi sebagai antara satu program tahunan memandangkan beberapa kawasan di kampung, kawasan perumahan dan kawasan komersial di Kapayan telah dikenal pasti sebagai lokasi panas (hot-spot) denggi.

“KRT di Kapayan, termasuk Kepayan Barat, Matambai, Kobusak dan Nosoob digalakkan untuk menganjurkan lawatan rumah ke rumah secara berkala dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan segera di kawasan yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi.

“KRT Kepayan Barat yang diketuai pengerusinya, Malek Chua, wajar dicontohi atas program yang telah mereka laksanakan untuk meningkatkan kesedaran serta menjaga keselamatan melalui rondaan secara berbasikal yang saya sumbangkan kepada mereka awal tahun ini.

“Saya juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,000.00 kepada JKKK Kampung Kibouvang dan KRT Kepayan Barat untuk melaksanakan lawatan rumah ke rumah secara berkala serta bekerjasama dengan penduduk membersihkan kawasan persekitaran daripada tempat pembiakan nyamuk denggi,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Mengulas mengenai ceramah dan saringan kanser payudara serta kanser serviks yang diadakan di Dewan Kg Kibouvang pada Ahad, Jannie berkata ia dapat meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai pengesanan awal penyakit kanser.

Beliau berkata, kesedaran terhadap pengesanan awal kanser adalah penting kerana ia bukan sahaja membolehkan pesakit mendapatkan rawatan awal, malah memberi ruang kepada keluarga dan komuniti untuk memberi sokongan.

“Kita tidak seharusnya takut untuk mengetahui keputusan pemeriksaan, sebaliknya melihatnya secara positif supaya pesakit boleh membuat persediaan kerana rawatan untuk kanser kini telah banyak berkembang.

“Jika kita biarkan kanser sampai ke tahap keempat, ia akan menjadi lebih sukar untuk keluarga dan kos rawatan juga jauh lebih mahal,” jelasnya.

Justeru itu, Jannie menggalakkan para wanita untuk memanfaatkan pelbagai kemudahan kesihatan percuma yang disediakan oleh pihak kesihatan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk ujian HPV PCR dan mamogram.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat