Jangan tertipu akaun Facebook palsu TPM

PUTRAJAYA – Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ adalah akaun palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan Fadillah menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata, akaun palsu itu direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

“Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya.

“Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala akaun Facebook peribadi di pautan https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL.

Pada 20 November tahun lalu, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu.

Sementara pada 25 Disember 2023, satu akaun palsu di Facebook dikesan menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang